<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Saturday, June 17, 2006
Resipi penyembuh dosa 
Bahan-bahannya :
¨ Ambillah akar-akar kemiskinan dalam jiwa kesabaran
¨ Gaulkan dengan serbuk fikiran kesedaran
¨ Campur dengan rasa rendah hati dan kesyukuran


Cara mengadunnya :
¨ Tumbuk kesemua bahan itu ke dalam lesung taubat
¨ Basahi dengan airmata sesalan
¨ Tuangkan ke dalam bekas rendah diri
¨ Lapik dengan kertas kekuasaan Ilahi
¨ Lumur dengan minyak keimanan
¨ Tanaklah dengan api tawakal

Penghiasnya :
¨ Simbah ia dengan istighfar banyak-banyak
¨ Balut dengan limbaran keinsafan
¨ Taburlah dengan bunga-bunga cinta dan kasih sayang
¨ Hias dengan tiang-tiang kehormatan
¨ Selitkanlah dengan potongan-potongan iman
¨ Hidangkanlah ia di atas hamparan ketakwaan demi keagongan Ilahi Pencipta sekalian alam

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 7:02 PM
Tuesday, June 13, 2006
Ciri-ciri keperibadian Muslim 
1. Takwa
Sifat takwa merupakan sifat asas sebagai seorang Muslim, iaitu patuh dan tunduk kepada Allah SWT dan setiap detik kehidupannya. Takwa merupakan sumber kekuatan tersembunyi yang meresapi dalam diri Muslim. Dengan sifat takwa itu, para sahabat mampu merentasi padang pasir dan melakarkan nama Islam di muka bumi ini.

2. Beriman dan beramal soleh
Iman adalah satu proses kepatuhan yang berkait rapat dengan hati,budi,jiwa dan rohani seseorang Muslim. Pencapaian dan prestasi iman boleh diraih disisi Allah dengan perbuatan amal soleh. Iman dan amal soleh ini sebagai tiket atau syarat utama bagi orang Muslim menuju ke arah kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

3. Beribadat kepada Allah SWT
Ibadat dalam Islam merangkumi seluruh kehidupan umat Islam. Ibadat merupakan matlamat dan hikmah di sebalik penciptaan manusia. Allah SWT berfirman yang bermaksud ,” Dan (ingatlah) Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada –Ku.” ( Surah Ad Dzaariyat : 56)

4. Beristiqamah dalam hidup
Kehidupan penuh dengan pancaroba. Jika silap langkah, ada yang tersungkur. Istiqomah bermaksud tetap teguh dan terus mempertahankan pendirian yang asal, tidak berganjak mahupun mundur. Contohnya Bilal Bin Rabah yang tetap bersama Islam walaupun jasadnya diseksa dengan besi yang panas membara.

5. Memanfaatkan masa
Masa itu pada hakikatnya memiliki empat sifat utama iaitu sifat yang tidak akan kembali lagi, sifat yang tidak boleh dipindah milik,sifat yang tidak boleh digantikan dengan sesuatu dan sifat yang tidak dapat dijual beli. Ternyata mempunyai aset yang penting dalam kehidupan manusia.

(sumber : Buku ‘ Membina Peribadi Muslim’ oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi )

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 8:08 PM
Tuesday, July 12, 2005
STRESS!!!! 
STRESS!!!!

Stress atau tekanan seringkali diperkatakan oleh golongan remaja mahupun dewasa. Ia berpunca dari tekanan ditempat kerja, peperiksaan, kecewa dan masalah – masalah yang menimpa diri. Namun, tahukah kita bahawa stress juga timbul disebabkan kelemahan hati, roh dan nafsu. STRESS!!!!

Stress atau tekanan seringkali diperkatakan oleh golongan remaja mahupun dewasa. Ia berpunca dari tekanan ditempat kerja, peperiksaan, kecewa dan masalah – masalah yang menimpa diri. Namun, tahukah kita bahawa stress juga timbul disebabkan kelemahan hati, roh dan nafsu.

Stress .Tahukah kita bahawa stress juga dipengaruhi oleh pemakanan. Makanan seperti organ dalaman iaitu hati, limpa, dan ikan sungai yang sumber makanannya dari benda yang kotor perlu dielakkan. Ini akan menyebabkan mudahnya berlaku stress.

Di dalam surah al – Baqarah ayat 55, Allah berfirman :

“ Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan ( dengan merasai ) kelaparan, dan (dengan berlakunya ) kekurangandari harta benda dan jiwa serta tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang – orang yang sabar.”

Ayat ini mengingatkan kita bahawa kehidupan sebagai seorang hamba Allah tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan. Sekiranya tekanan ini tidak dihadapi dengan positif, ia akan memberi kesan yang buruk kepada diri individu sehingga menganggu emosi.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi stress ialah mentadabbur al – Quran iaitu memahami dan mendalami dan menghayati isi kandungannya akan dapat menenangkan fikiran dan mententeramkan jiwa. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud :

“ Wahai umat manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al – Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit – penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang – orang yang beriman.”

Tafakkur iaitu merenung dan memikir secara mendalam mengenai sesuatu, yang boleh dimulakan dengan berfikir tentang diri sendiri – tentang nikmat yang telah dikurniakan Nya dari segi kesihatan dan kesempurnaan diri. Dengan cara ini akan dapat mendatangkan ketenangan dan rasa syukur yang tidak terhingga dalam diri.
Demikian juga dengan amalan bersedekah, ia salah satu cara yang dapat mententeramkan jiwa di samping memuliakan anak yatim dengan mengusap kepala mereka. Seperti yang kita sedia maklum, harta sering menimbulkan rasa tidak tenang dalam jiwa. Ini kerana orang yang kikir disempitkan Allah hatinya dan akhlaknya.

Stress .Tahukah kita bahawa stress juga dipengaruhi oleh pemakanan. Makanan seperti organ dalaman iaitu hati, limpa, dan ikan sungai yang sumber makanannya dari benda yang kotor perlu dielakkan. Ini akan menyebabkan mudahnya berlaku stress.

Di dalam surah al – Baqarah ayat 55, Allah berfirman :

“ Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan ( dengan merasai ) kelaparan, dan (dengan berlakunya ) kekurangandari harta benda dan jiwa serta tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang – orang yang sabar.”

Ayat ini mengingatkan kita bahawa kehidupan sebagai seorang hamba Allah tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan. Sekiranya tekanan ini tidak dihadapi dengan positif, ia akan memberi kesan yang buruk kepada diri individu sehingga menganggu emosi.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi stress ialah mentadabbur al – Quran iaitu memahami dan mendalami dan menghayati isi kandungannya akan dapat menenangkan fikiran dan mententeramkan jiwa. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud :

“ Wahai umat manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al – Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit – penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang – orang yang beriman.”

Tafakkur iaitu merenung dan memikir secara mendalam mengenai sesuatu, yang boleh dimulakan dengan berfikir tentang diri sendiri – tentang nikmat yang telah dikurniakan Nya dari segi kesihatan dan kesempurnaan diri. Dengan cara ini akan dapat mendatangkan ketenangan dan rasa syukur yang tidak terhingga dalam diri.
Demikian juga dengan amalan bersedekah, ia salah satu cara yang dapat mententeramkan jiwa di samping memuliakan anak yatim dengan mengusap kepala mereka. Seperti yang kita sedia maklum, harta sering menimbulkan rasa tidak tenang dalam jiwa. Ini kerana orang yang kikir disempitkan Allah hatinya dan akhlaknya.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 9:39 AM
Monday, June 06, 2005
TENSION!!!! Bagaimana Menghadapinya ? 
Sebagai makhluk ciptaan Tuhan, kita tidak mampu untuk meolak segala ketentuan Tuhan. Oleh itu, persediaan awal perlu dipersiapkan bagi menghilangkan tension ketika berdepan dengan pelbagai bentuk nasib ‘ malang ‘ yang menimpa diri. Antaranya ialah :

Mengenali diri sebagai hamba yang sangat lemah. Sedari bahawa Tuhanlah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Apabila ditimpakan kesusahan, inilah peluang yang diberikan kepada kita untuk menyedari bahawa kita insane biasa yang tidak mempunyai kuasa. Tuhan menyedarkan kita ketika kita alpa dengan kemewahan yang diuji kepada kita.

Setiap takdir yang ditetapkan ke atas kita mempunyai hikmah dan pengajaran yang tersirat di sebaliknya. Antaranya adalah :
Kalau Tuhan menguji kita dengan kesakitan, yakinlah bahawa Dia hendak menghapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita lebih prihatin dan simpati. Di samping itu, Dia juga mahu kita bergantung dan berharap kepada Nya
Adakalanya Tuhan mendidik hambanya dengan kemiskinan. Apabila seorang hamba sabar dengan kemiskinan yang menimpa dirinya, terdapat ganjaran pahala untuknya. Dia mahu kita meneliti balik segala tindak tanduk kita, apakah kita sudah melakukan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu. Seseorang hamba itu diuji dengan pelbagai cara untuk mengangkat darjatnya. Sekiranya, seseorang hamba itu kurang dari segi imannya, Dia akan menguji dengan musibah. Apabila hamba itu sabar dan redha dengan ujian tersebut, Allah akan mengangkat darjatnya.
Apabila kita dihina, mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana pernah menzalimi atau menghina orang lain. Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di hati.
Apabila berepan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit – penyakit hati seperti sombong, pemarah dan lain – lain lagi. Penyakit – penyakit inilah yang membutakan kita tension. Apabila dalam situasi ini, barulah kita mengenali diri kita yang sebenar. Jika sebelum ini, nampak lemah lembut dan penyabar, apabila tension kita boleh bertindak di luar kawalan. Setiap sesuatu yang menimpa diri, adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik hambanya agar kembali kepada Nya sebagai hamba yang diredhai Nya dan terselamat dari kemurkaan Nya

Sebagai manusia, kita hendaklah menerima takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negative, hati kita akan tertekan dan tension.

Lantaran itu, terimalah takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih saying. Dengan sikap begini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat mazmumah yang terdapat dalam diri dengan lebih cepat.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 2:26 PM
Tuesday, March 22, 2005
S K E T S A 
Sabda Rasulullah s.a.w :
Syurga dikelilingi dengan
Perkara yang tidak menarik
Manakala neraka dikelilingi
Dengan keinginan nafsu .

- Muslim dan Ahmad Tetapi di dalam syurga
memang indah dan menarik
Cuma jalan ke syurga yang lurus
Bagaikan lebuh raya.
Ramai pengguna sering alpa
Lalu terbabas di jalanan
Namun, mereka yang berhati- hati
Akan selamat ke destinasi abadi.

Neraka walaupun dipagari indah
Tetapi didalamnya menyeksakan
Kerana jalan ke sana
Bengkang bengkok
Berdasarkan firman Allah : “ Inilah jalan – Ku yang lurus,”
Selain jalan- Nya tentu sebaliknya
Bagaikan jalan persekutuan
Sibuk dan sempit
Maka ramai orang yang terbabas
Tercetus kemalangan jiwa
Lalu pengguna menderita
Sakit dan kecewa.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 10:22 AM
Sunday, March 06, 2005
Engkau ingin berjuang 
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujianEngkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,A
nak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan
Ya sebenarnya apa yangEngkau hendak perjuangkan...

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 10:25 AM
Sunday, January 30, 2005
Anugerah Tuhan 
"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yangwangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."Apabila seseorang dipuji dengan kata-kata, "Awak nicantiklah/hensemlah", maka akan menguntumlah sebutirsenyuman dibibirnya dan berbungalahhatinya.Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidakseronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulahresam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinyamiskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkalaberhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.Orangyang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedardirinya punya kelebihan. Kata orang, orang cantikbanyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia mahudigenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggupmenjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yangrela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senangdidek! at dan ditangkap lari.Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengankecantikannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Sisuami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dankarenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akankecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasarkecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yangdicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya,alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawanakan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidaktercapai, mengugut,merajuk hendak balik kampung atauminta cerai.Alangkah indahnya jika si isteri tadi,kecantikannya digunakan untukmeniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang sama adacantik atau tidak adalah pada akhlaknya.Orang yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,contohnya isteri yang cantik yang derhaka pada suamiadalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnyatiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapiberakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencarikeredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapiharumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bungacempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan sibunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibaratgadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Kononnanti ada yang berkenan tetapi tidaksedar diri jadi mainan.Orang yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akanmeyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidakcantik tidak pula harum dan wangi.Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untukmerebut kasih sayang manusia.Tetapi marilahberlumba-lumba untuk menjadi insan yang bertaqwa danberakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah sertamakhluk-makhlukNya.Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmatkecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takutluput kurniaan itu dari dirinya.Bukan jua kerana adayang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingikejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitungpahala-pahala yang tinggal akibat pujian & sanjunganmanusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurangneraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkangunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yangdijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikanitu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hinaterdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajahcantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akantiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di lianglahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglahmanusia dengan kematian. Apakahbaru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islamitulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggupberjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita dakianak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusiadari setitis mani yang hina.Sehina itulah pula diriwanita. Kenangilah nasib diri di haripenghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apadigunakan.Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruhpenjuru alam.Di mana saja mata menjurus di sana adatanda keagungan Tuhan.Dongakkan kepala ke langit biru,tundukkan wajah ke bumi yang hijau.Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan danbintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang,gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuaikeindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandungpengajaran:"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlahdatangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan makahanya padaNyalah kamu meminta pertolongan."An-Nahl: 53Wallahu a'lam...Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadahmenjadi yang terbaik...

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 5:54 PM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • June 2004
  • September 2004
  • November 2004
  • December 2004
  • January 2005
  • March 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • June 2006
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon